
Tarikh mula vaksinasi ‘Walk-In’ warga Emas akan dimaklumkan kelak
PUTRAJAYA 15 Julai- Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini menjelaskan bahawa tarikh pelaksanaan dan maklumat lanjut berhubung kaedah vaksinasi ‘walk-in’ atau jumpa terus untuk warga emas di Lembah Klang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, CITF menasihati mereka yang berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi supaya tidak hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) esok.
“Ini untuk membolehkan perancangan inisiatif ini dimuktamadkan, seperti urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua PPV,” menurut CITF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
“Sama penting ialah merancang susunan waktu inisiatif walk-in ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi,” menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan kaedah vaksinasi walk-in untuk warga emas berusia 60 keatas itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba dalam satu sidang media khas Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa SUKAN: MELAKA BINA ‘JUARA’ DARI AKAR UMBI
AYER KEROH 6 Oktober - Dari gelanggang komuniti hingga ke podium kejohanan antarabangsa, pembangunan sukan Melaka digerakkan melalui rangkaian program...
PEMBINAAN MICT PERLU IKUT SPESIFIKASI, STANDARD KESELAMATAN DITETAPKAN
BANDA HILIR 6 Oktober - Kerajaan Negeri mahu pembinaan setiap komponen Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) dilaksanakan mengikut spesifikasi...
PRN MELAKA: UMNO MELAKA MASIH TUNGGU SENARAI PENUH NAMA CALON
BANDA HILIR 6 Oktober - Barisan calon akan mewakili UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak lama lagi...
MAIM PERJELAS ISU PENERIMA TULAR, BANTUAN SUDAH DISALUR SEJAK 2016
AYER KEROH 6 Oktober - Tular di media sosial berkaitan seorang wanita yang mendakwa tidak menerima bantuan daripada Majlis Agama...
MICT MAMPU TERIMA 800 KAPAL PERSIARAN, 1.6 JUTA PENUMPANG SETAHUN
BANDA HILIR 6 Oktober - Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) dijangka menjadi pintu masuk antarabangsa ke negeri ini menerusi...
PEMBINAAN MICT KEMBALI RANCAK, DIJANGKA SIAP HUJUNG 2027
BANDA HILIR 6 Oktober - Kemajuan projek pembinaan Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Melaka Gateway, Pulau Melaka, menunjukkan...
