Tawaran istimewa 7 hari di ‘Taman Warisan Ajaib’

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 15 Februari – Tidak hanya menawarkan kemasukan percuma pada Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 20 Februari ini, Malaysia Heritage Studios di Ayer Keroh turut menyediakan pelbagai tawaran istimewa selama tujuh hari kepada pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yong Lam Woei berkata, sempena cuti umum baharu Negeri Melaka itu, pihaknya juga akan memberi kemasukan percuma kepada kanak-kanak bermula 21 hingga 27 Februari ini.

“Persiapan untuk kemasukan percuma pada 20 Februari telah disusun rapi, termasuklah promosi istimewa bagi seisi keluarga yang tidak berkesempatan untuk hadir pada 20 Februari ini.

“Mekanisme yang telah ditetapkan adalah sangat mudah, iaitu ‘Like & Follow’ kami di media sosial dan ibu bapa boleh mendapatkan tiket percuma kanak-kanak yang boleh ditebus pada 21 hingga 27 Februari 2024. Maklumat selanjutnya boleh diperoleh menerusi media sosial Malaysia Heritage Studios.

“Pada hari berkenaan, kaunter akan dibuka seawal jam 9.30 pagi untuk kesiapsiagaan pekerja bagi menyemak status kewarganegaraan pengunjung dan taman ini selanjutnya akan dibuka kepada orang awam pada jam 10.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Lam Woei berkata, selain tawaran itu pengunjung juga boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10 peratus bagi barangan eksklusif Malaysia Heritage Studios di kedai cenderahati yang disediakan.

Katanya, penebusan diskaun boleh dilakukan dengan melengkapkan soalan-soalan daripada permainan ‘Immortal Maze’.

Bagi memeriahkan lagi suasana pada hari berkenaan, sesi persembahan di Talent Dynasty akan diperkemaskan sepenuhnya termasuklah sesi ‘Meet & Greet’ dalam menghasilkan pengalaman yang lebih imersif.

“Kaunter tiket akan ditutup pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang bagi tujuan pembersihan, pemeriksaan rumah-rumah tradisional, pemeriksaan keselamatan elektrik dan akan dibuka semula sehingga jam 4.00 petang.

“Pengunjung yang masih berada di dalam ketika kaunter tiket ditutup boleh meneruskan lawatan seperti biasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1331
Kongsi :
Previous post Pemandu lori didakwa memandu berbahaya, sebabkan kematian tiga tentera
Next post Tiga PPRT diserahkan di DUN Durian Tunggal
Ubah saiz-+=