Teknologi pembedahan diabetik Turkiye ke Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Teknologi rawatan pembedahan diabetik dari Turkiye dicadang untuk dibawa ke Melaka, mampu menawarkan lebih banyak alternatif bagi merawat masalah kencing manis.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan sub-sektor pelancongan kesihatan di Melaka.

Katanya, satu rundingan membabitkan wakil Kerajaan Melaka dan pihak terbabit akan dilaksanakan bagi memastikan perancangan itu direalisasikan pada masa akan datang.

“Menerusi pembedahan dikenali sebagai ‘Metabolik Surgery’ di Turkiye terbukti keberkesanannya berbanding pengambilan insulin atau cara lain diamalkan di Malaysia ketika ini.

“Ini adalah kejayaan besar dalam bidang perubatan, ketika ini 51 peratus penduduk Malaysia termasuk dalam golongan obesiti yang berisiko tinggi menghidap kencing manis.

“Jadi kita harap teknologi ini dapat dilaksanakan di Melaka dan dimanfaatkan rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kumpulan Star Medik dan Persatuan Diabetes Malaysia Melaka di, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Star Medik, Johari Abu Kasim dan Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Melaka, Dr. Nordina Abdul Latif.

Mengulas lanjut, beliau berkata, teknologi yang akan dibawa masuk ke negeri ini juga akan menawarkan latihan kepada doktor tempatan agar mahir dan menguasainya dengan cara yang betul.

“Negeri Melaka ada Hospital Pakar Putra dan pusat perubatan lain yang berpotensi untuk kerjasama ini. Jika boleh latih doktor tempatan menggunakan teknologi ini atau bawa doktor di Turkiye ke negeri ini ia akan membantu Melaka mencapai status negeri pelancongan perubatan.

“Teknologi ini belum lagi ada di Malaysia dan inilah pertama kalinya, jadi kita berbesar hati untuk meluaskan kerjasama ini antara pihak yang terlibat bagi memperkasa peluang ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

675
Kongsi :
Previous post Bentang bajet awal perkara biasa – PM
Next post Kakitangan APM didenda RM28,000 terima suapan
Ubah saiz-+=