
Terima kasih doktor, kalian hero keluarga Malaysia – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor termasuk ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Bersempena Hari Doktor Sedunia yang disambut hari ini, beliau berkata jasa dan pengorbanan diberikan golongan itu cukup besar bukan sahaja dalam soal merawat bahkan meliputi soal menyelamatkan nyawa.
“Apatah lagi sumbangan mereka yang cukup berharga ketika dunia dilanda COVID-19, para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.
“Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada. Kalian adalah hero Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa kami semua,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.
Hari Doktor Sedunia disambut pada 30 Mac setiap tahun.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...


