Terima suapan RM320, bekas Penolong Pegawai Perpaduan didenda RM4,000

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 12 Jan – Bekas Penolong Pegawai Perpaduan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah lebih RM320 dalam kejadian lima tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Fatihah Azmi, 34, sejurus dia mengaku bersalah selepas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika itu seorang penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Perpaduan Daerah yang bertugas di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka (JPIN) menerima suatu benda yang berharga iaitu wang tunai tanpa balasan yang kesemuanya berjumlah RM320 daripada seorang lelaki.

Yang mana tertuduh mengetahui bahawa individu terbabit mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di bank sekitar Melaka dan Kuala Lumpur antara 5 dan 6 Nov 2017.

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, A Kalaivani memohon hukuman setimpal dikenakan keatas tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork, memohon hukuman rendah diberikan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi setiap pertuduhan atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda dikenakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1237
Kongsi :
Previous post PPDK Seri Malindo kini pusat latihan kemahiran OKU di Melaka
Next post Banjir terburuk berlaku lagi selepas lapan tahun
Ubah saiz-+=