Sorting by

×

TERUJA MAHU BERAKSI DI LITAR ‘RC’ TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September –  Litar Lumba Kereta Kawalan Jauh Tanjung Bidara yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, mengakhiri penantian peminat sukan itu yang sekian lama menunggu kemudahan berkenaan siap dibina.

Pada majlis sama Ketua Menteri turut merasmikan Pertandingan Lumba Kereta Kawalan Jauh: Melaka RC Touring Car 2025 yang menjadi kejohanan sulung di liar berkenaan

Penggiat sukan kereta kawalan jauh (RC) Tengku Ahmad Syafiq Tengku Marzuki dari Kuantan, Pahang berkongsi perasaan teruja untuk beraksi di litar berkenaan yang dibuka secara rasmi hari ini.

“Perasaan teruja ini turut dikongsi ramai lagi peminat sukan RC yang lain, sebab itu saya sanggup memandu dari Kuantan ke Tanjung Bidara, secara keseluruhan kemudahan litar ini lengkap dan memberikan keselesaan kepada peserta melakukan persiapan untuk pertandingan atau latihan.

“Bertambah satu lagi litar di Malaysia bukan semua negeri ada fasiliti ini. Sebelum ini kami kerap bertumpu di Kedah,Pulau Pinang, Selangor dan Johor, sekarang sudah ada di Melaka,” katanya.

Katanya, selain kemudahan serba baharu, litar berkenaan juga didatangkan dengan ‘pakej’ kerana lokasinya di Pantai Tanjung Bidara.

“Kedudukan litar berhampiran pantai yang menyajikan pemandangan indah, gerai menjual makanan yang dekat dan kemudahan asas adalah pakej melengkapkan litar ini.

“Malah ada rakan yang membawa bersama ahli keluarga, sambil menyertai pertandingan dapat bercuti luangkan masa dengan isteri dan anak-anak, ini antara kelebihan Tanjung Bidara,” katanya.

Sementara itu wakil Kelab Awesomatix, Wong Chow Kid dari Selangor berkata, Tanjung Bidara menawarkan litar yang lebih Lebar dan panjang berbanding lokasi lain di negara ini.

“Selepas ini mungkin saya akan kerap ke Melaka, rugi jika tidak memanfaatkan kemudahan baharu seperti ini, lokasi di tepi pantai juga menarik sesuai untuk mereka datang bersama keluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

336
Kongsi :
Previous post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2025 PENUH WARNA WARNI
Next post SEMARAK WARISAN DAN TRADISI, PESTA PANTAI JADI ACARA TAHUNAN