
Tiga lelaki warga Afrika bergaduh kerana hutang
KOTA LAKSAMANA 2 Mac – Perselisihan faham akibat hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan tiga lelaki warga Afrika dalam kejadian di parkir kereta sebuah pangsapuri di Jalan Ong Kim Wee semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhlis Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu.
Katanya, pergaduhan dipercayai berkaitan hutang dan menyebabkan seorang daripada tiga lelaki warga Afrika itu cedera akibat dilibas dengan parang.
“Suspek yang cedera menerima rawatan di Hospital Melaka (HM) manakala seorang lagi berusia 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan seorang lagi suspek dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH NGAJI AS-SOLIHIN NADI PEMBANGUNAN UMMAH
MACHAP JAYA 31 Mei - Surau As-Solihin di Taman Kejora Kuala Sungga terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan...
MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI
BANDA HILIR 31 Mei - Pengamal media di negeri ini diiktiraf sebagai antara watak penting dalam menyampaikan berita dan maklumat...
WRUR BANDA HILIR: 90 PROGRAM, 1 MATLAMAT SANTUNI RAKYAT
BANDA HILIR 31 Mei - Hampir 90 program bakal mewarnai rogram Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
IBU BAPA SOKONG PENGESAHAN UMUR DEMI KESELAMATAN ANAK DI ALAM MAYA
BANDA HILIR 31 Mei – Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima sokongan ibu bapa...
BECA JADI ‘DUTA’ WRUR BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir membuka tirai dengan...
PLATFORM MEDIA SOSIAL WAJIB PATUHI KOD BAHARU MULAI ESOK
BANDA HILIR 31 Mei – Penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan mematuhi Kod...

