Tiga ‘ulat tiket’ parkir haram dikenakan kompaun – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 19 April – Tiga kompaun bernilai RM250 dikeluarkan ke atas tiga pengusaha patkir tanpa lesen di tapak persendirian berhampiran Bazar Aidilfitri Mega Klebang.

Semua pengusaha parkir haram berkenaan dipercayai cuba mengaut untung dengan mengenakan caj parkir kepada pengunjung bazar Aidilfitri.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata kompaun itu dikenakan dibawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MBMB) 2010.

“Kegiatan berkenaan dikesan 14 anggota dan pegawai penguatkuasa MBMB serta lima anggota trafik Ibupejabat Polis Daerah Melaka Tengah dalam operasi bersepadu ‘ulat tiket’ yang dijalankan kira-kira 10.30 malam pada 14 April lalu.

“Kawasan parkir kereta berkenaan didapati tiada lesen dan cuba mengaut keuntungan dengan mengenakan caj antara RM2 hingga RM3 bagi satu kenderaan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan berjaya dibuat di Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah pada 15 April lalu biarpun menggunakan kaedah intipan kerana dipercayai terdapat individu yang telah menyampaikan maklumat serbuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pengagihan Bubur Lambuk Bersama Nestle di Anjung Makmur MBMB di sini, hari ini.

DATUK Bandar MBMB Datuk Zainal Abu. Kredit foto MBMB

Mengulas lanjut, beliau berkata tiga lokasi yang dikenalpasti menjadi lokasi kutipan ulat tiket di Klebang itu melibatkan kawasan ‘fun fair’, Balik Buluh dan kawasan menghala ke kapal selam.

“Hasil siasatan, pihak penganjur menafikan bersekongkol dengan mereka, malah telah membuat pengumuman awal kepada pengunjung bahawa tiada sebarang caj letak kenderaan dikenakan pihaknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2035
Kongsi :
Previous post Kes Bella: Tambah baik undang-undang, audit pusat jagaan, antara cadangan TMJ
Next post Empat lelaki ditahan terlibat penipuan program RTK – Imigresen
Ubah saiz-+=