Tindakan Bong Guang Yik, keterlaluan, biadap

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

MERLIMAU 14 Februari – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, menyifatkan tindakan bekas pemain badminton negara Bong Guang Yik, yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang Melayu keterlaluan serta biadap.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan tegas perlu diambil kerajaan kerana perbuatan itu bukan sahaja melampaui batas malah boleh membawa kepada permulaan ketegangan kaum.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan melucutkan hak kerakyatan keatas bekas pemain itu.

“Sebagai seorang atlet yang pernah mewakili negara, Bong pastinya sedar bahawa hal berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian dalam apa jua alasannya.

“Sekiranya tidak dihentikan segera, ia mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan.

“Maka satu ketetapan dan tindakan yang keras perlu segera diambil sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa soal agama Islam dan Bangsa Melayu bukanlah satu topik yang boleh dijadikan bahan hinaan atas apa alasan sekalipun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau, malam tadi.

hantaran dimuat dr akmal
HANTARAN yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Dr Muhamad Akmal susulan kenyataan bekas pemain badminton negara yang berbaur perkauman.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkata, walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasa bekas pemain badminton negara itu langsung tidak setanding dengan tingkah laku peribadinya.

“Negara tidak memerlukan rakyat yang sikapnya mampu mencetuskan ketegangan dan kacau bilau antara agama serta kaum.

“Adanya dia sebagai warganegara Malaysia sedikit pun tidak menambah dan jika tiadanya juga sedikit tidak mengurang,” katanya.

Ujar beliau, tindakan yang dilakukan bekas pemain itu tidak cukup dengan permohonan maaf dan peringatan tetapi ia perlu disusuli dengan perlaksanaan hukuman dengan segera.

“Jika hanya dengan satu muat naik ‘nakal’ di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan dia digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang dilakukan oleh Bong perlu dihukum dengan hukuman lebih berat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2617
Kongsi :
Previous post Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas lapan km
Next post ANGKASA bentang jalan hapus gerakan ‘kartel’ ayam
Ubah saiz-+=