TMM2024: Kampung Pantai Rombang mahu jadi kampung contoh

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PANTAI KUNDOR 1 September – Mulai tahun hadapan Kampung Pantai Rombang, di sini, bakal berubah wajah dan dihiasi kibaran Jalur Gemilang pada bulan Ogos hingga September.

Ia selepas Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung berkenaan bercadang memperkenal konsep satu rumah, satu bendera.

Pengerusi JPKK Kampung Pantai Rombang, Shafiq Majid berkata, usaha itu bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut pada setiap bulan Ogos dan 16 September.

Katanya, konsep tersebut juga bertepatan untuk dilaksanakan memandangkan tahun hadapan ialah Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Pada awal bulan Ogos tahun hadapan, pihak JPKK akan mengedarkan Jalur Gemilang dan kita akan meminta setiap rumah di kampung ini untuk mengibarkan bendera di hadapan, atas atau di mana sahaja yang menampakkan rumah tersebut memasang bendera itu.

“Selain itu, kita juga akan merancang pelbagai aktiviti sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Ia bagi membolehkan setiap aktiviti disertai setiap lapisan masyarakat di kampung ini dengan satu matlamat mengeratkan ukhwah sesama penduduk,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shafiq berkata dia mahu menjadikan Kampung Pantai Rombang sebagai kampung contoh bersempena TMM2024.

“Memandangkan kampung ini berada di hadapan kawasan Pantai Puteri, lokasi pelancongan, jadi sebagai JPKK saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan semua rumah dalam kampung ini bersih dan cantik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1475
Kongsi :
Previous post JBPM terima enam peralatan khas kesan bahan kimia dari jarak jauh
Next post PM mahu peranan Jabatan Audit Negara diperkukuh
Ubah saiz-+=