TMM2024: Majlis Perkahwinan beramai-ramai percuma untuk anak Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 3 Ogos – Majlis Perkahwinan beramai-ramai secara percuma menjadi antara pengisian Program Karnival Islam yang bakal memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini karnival dalam subsektor pelancongan agama itu dirancang untuk diadakan di Stadium Hang Jebat dan berlangsung selama seminggu.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, Majlis Perkahwinan ‘berjemaah’ itu terbuka kepada mana-mana pasangan raja sehari anak Melaka, untuk diraikan dalam program persandingan secara bersar-besaran.

“Turut dirancang adalah Sambutan Maulidur Rasul, karnival jualan barang-barangan berlandaskan syariah, ceramah dan alunan al-Quran dalam tempoh 24 jam.

“Setakat ini pelaksanaan program sedang dirangka menerusi Jabatan Mufti Negeri Melaka agar subsektor pelancongan agama di negeri ini mendapat sambutan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Bagi Bulan Ogos 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP. Shanmugam;Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem dan lain-lain barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

10859
Kongsi :
Previous post TNB sumbang RM25,000 kepada Yayasan Toh Puan Zurina
Next post Sasar capai nilai pelaburan RM7.6 bilion hujung tahun ini – KM
Ubah saiz-+=