
TMM2024: Pentas terapung di Sungai Melaka jadi tarikan
BANDARAYA MELAKA 16 Disember – Berbaki kurang 15 hari sebelum tibanya sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), pelbagai persiapan kini sedang giat dijalankan.
Pelancaran TMM2024 bersekali dengan Ambang Tahun Baharu 2024 itu dijangka bakal berlangsung penuh gilang-gemilang.
Lokasi ikonik Sungai Melaka yang terletak di pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) di Dataran Kampung Pengkalan Rama Pantai, dipilih menjadi tempat berlangsungnya acara yang penuh meriah itu pada malam 31 Disember.
Tinjauan Melaka Hari Ini di tapak acara penganjuran mendapati kerja-kerja pemasangan khemah tetamu dan pengunjung giat dijalankan oleh kontraktor yang terlibat.
Turut dipersiapkan, pentas utama yang terletak di bahagian belakang pejabat PPSPM.
Apa yang menariknya, pentas utama dan khemah tetamu ‘dipisahkan’ oleh Sungai Melaka yang mana ia pastinya akan memberikan satu suasana cukup unik pada malam sambutan itu nanti.
Pada malam itu juga, barisan artis terkenal tanah air antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain, Zamani serta Siti Nordiana dijangka akan membuat kemunculan serta menghiburkan tetamu yang hadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM BAWA POTENSI PELANCONGAN SUNGAI MELAKA KE PENTAS ANTARABANGSA
BANDARAYA MELAKA 25 Jun - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) perluaskan jaringan kerjasama antarabangsa menerusi Program Temu Bisnes...
‘TERIMA KASIH TOK RAUF PROMOSI BATIK RIM’
RIM 25 Jun - Penampilan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mengenakan batik tanah liat pada Majlis Perhimpunan...
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...
ANWAR MINTA JANGAN ‘PANASKAN’ SUASANA, PILIHAN RAYA BIAR ANTARA PARTI
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak 'memanaskan' suasana susulan polemik...
PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem kenaikan pangkat dan pengiktirafan dalam perkhidmatan awam...
