Kampung Digital bergerak mukim ke mukim

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 16 Disember – Inisiatif Kampung Digital terus diperluaskan di Negeri Melaka dengan proses pelaksanaannya kini sedang bergerak di kampung-kampung terpilih membabitkan kesemua tiga daerah.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Md Azhan Samat berkata, setakat ini, sebanyak enam buah kampung perintis fasa pertama iaitu membabitkan dua kampung setiap daerah sudah selesai 100 peratus ditransformasi menjadi Kampung Digital.

Bagaimanapun, jelas beliau, fokus Kerajaan Negeri selepas ini tidak lagi melalui proses secara berfasa, sebaliknya inisiatif berkenaan akan digerakkan dari mukim ke mukim.

“Kampung Digital ini akan melalui pelbagai peringkat, antaranya ialah peringkat pengurusan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), peringkat cerapan imej dan bermacam-macam lagi.

“Untuk mukim ke mukim, buat masa ini kita sedang fokus kepada mukim di Jasin (Ayer Panas) dan selepas ini ia akan bergerak ke Alor Gajah (mukim Ayer Paabas) dan seterusnya sehinggalah selesai keseluruhan 701 buah kampung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Md Azhan, secara keseluruhan 20 buah kampung lagi kini sedang menjalani transformasi menuju ke Kampung Digital.

“Daripada jumlah itu, enam merupakan projek fasa dua yang kini sedang berada di peringkat akhir untuk disiapkan, manakala 14 lagi kampung masih berada di peringkat awal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

939
Kongsi :
Previous post UTeM ‘top 5’ dalam negara, 106 terbaik dunia
Next post TMM2024: Pentas terapung di Sungai Melaka jadi tarikan
Ubah saiz-+=