
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari – Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan Taman Masjid Tanah Ria, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Sadani Sood, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave bersama cucunya berusia 7 tahun sedang melintas jalan dari sebuah pasar raya menghala ke Kampung Seri Tanjung.
Katanya, ketika melintas keluar dari simpang itu, mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak lurus dari Masjid Tanah menghala ke Lendu menyebabkan kedua-duanya bertembung.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala cucunya hanya mengalami luka di kaki kiri.
“Terdapat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang jelas dari kereta berkenaan sebagai bukti kemalangan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM LANCARKAN PROSES PEMBELIAN TANAH TAPAK PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG MUSAI
PENGKALAN BATU 6 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan amat besar dalam membantu menyelesaikan proses pembelian tanah...
HLN 2026: PAVILION MBMB SERLAH IDENTITI PERANAKAN-MELAYU MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Identiti unik masyarakat Peranakan dan Melayu Melaka diterjemahkan menerusi dekorasi Pavilion Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
MPJ PERKASA DIGITAL, PASTIKAN JASIN TERUS BERSIH DAN CERIA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan memperkukuh pendigitalan perkhidmatan serta mengekalkan tahap kebersihan sebagai antara fokus...
MPAG NAIKKAN PENANDA ARAS PENYELESAIAN ISU RAKYAT
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan terus meningkatkan ‘benchmark’ atau penanda aras penyelesaian aduan bagi...
MPHTJ TEKAD PASTIKAN KUTIPAN HASIL KEMBALI KEPADA RAKYAT
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited memastikan hasil yang dikutip termasuk cukai taksiran diterjemahkan...
2,188 WARGA PBT TUNJANG KEKUATAN MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Seramai 2,188 warga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Melaka menjadi tunjang dan sumber kekuatan...
