Transformasi Melaka jadi Kampung digital – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 1 Jun – Kajian awal bagi mentrasformasikan penempatan tradisional di negeri ini kepada Kampung Digital sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, kajian itu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Pejabat Tanah dan Daerah.

Fairul Nizam berkata, selepas dilaksanakan kelak Negeri Melaka akan memiliki satu produk digital yang boleh menjadi model atau contoh kepada negara lain.

“Bukan sahaja memudahkan urusan surat menyurat, menerusi sistem nombor yang akan diwujudkan kerajaan juga akan mendapat data perangkaan mengenai jumlah rumah sebenar di Negeri Melaka.

“Ini juga antara langkah Kerajaan Negeri untuk mendidik orang ramai ke arah digital selaras perkembangan teknologi semasa,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu pada Segmen Apa Khabau YB di Konti Melaka FM di Jabatan Penyiaran Melaka, Jalan Taming Sari, di sini, hari ini.

Katanya, Kampung Digital adalah idea cetusan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bertujuan menambahbaik sistem penyampaian dan penghantaran sedia ada.

“Jika dahulu urusan penghantaran surat berdepan masalah untuk mencari lokasi sebenar kediaman penerima.

“Tetapi menerusi projek Kampung Digital, setiap rumah penduduk akan mempunyai nombor sendiri yang dilihat lebih tersusun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2265
Kongsi :
Previous post Rakyat Melaka diyakini syarikat Jerman
Next post Lelaki didakwa bunuh teman wanita hamil
Ubah saiz-+=