Rakyat Melaka diyakini syarikat Jerman

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 1 Jun – Syarikat pembuatan elektronik dari Jerman, Muehlbauer Group BiH menunjukkan keyakinan tinggi terhadap Negeri Melaka apabila menyerahkan urusan pengendalian, pentadbiran dan pengoperasian mereka kepada tenaga kerja yang merupakan anak jati negeri ini sepenuhnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi lawatan kerjanya ke pusat operasi syarikat berkenaan di Roding, Jerman, pada Khamis.

Menurutnya, selain lawatan, beliau yang mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka turut mengadakan mesyuarat ’empat mata’ bersama wakil kerja tertinggi syarikat berkenaan.

“Kerajaan Negeri Melaka komited untuk bekerjasama lanjut dengan Muehlbauer Group yang berhasrat untuk mengembangkan operasi semasa bagi perkhidmatan mereka di Negeri Melaka.

“Sebagai pemimpin negeri, tiada yang lebih membanggakan saya apabila mengetahui Muehlbauer mempunyai keyakinan tinggi terhadap rakyat Negeri Melaka sehingga menyerahkan urusan pengendalian, pentadbiran dan pengoperasian kilang Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd. di Ayer Keroh kepada rakyat Melaka sepenuhnya.

“Inilah yang saya maksudkan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Lawatan ke syarikat yang mempunyai pengkhususan dalam teknologi sehenti kad pintar, pasport/ e-Pasport, semikonduktor dan industri teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) itu turut dihadiri Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Badaruddin Mohd Kassim.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP) Datuk Mashitah Ismail; Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Munich Wan Farulnizam dan Pengarah MIDA Negeri Melaka Jaibalan Harirajan.

Terdahulu, delegasi Kerajaan Negeri Melaka disambut Naib Presiden Tecurity Muehlbauer Group Ludwig Huber; Pengarah Urusan Automasi Muehlbauer Group Georg Brandl dan Pengarah Teknikal, Perhimpunan, Pengurusan Projek, Penyelidikan & Pembangunan, Kemudahan Automasi Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd. Saravanan Swamenathan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1753
Kongsi :
Previous post Kerajaan Melaka lancar Tabung Bantu Muhammad Athif
Next post Transformasi Melaka jadi Kampung digital – Exco
Ubah saiz-+=