Kerajaan Melaka lancar Tabung Bantu Muhammad Athif

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 1 Jun – Tersentuh dengan penderitaan adik Muhammad Athif Fahri, Kerajaan Negeri melancarkan ‘Tabung Bantu Adik Athif’ sebagai usaha mencukupkan jumlah dana diperlukan bagi membaiyai kos rawatan bayi malang itu.

Difahamkan Muhammad Athif menderita masalah ‘Spinal Muscular Atrophy’ (SMA) tahap 1, memerlukan dana perubatan berjumlah lebih RM9 juta.

Penduduk Negeri Melaka dan orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Bendahari Negeri Melaka di nombor 554026000401, bermula dari 1 hingga 30 Jun ini.

Bagi memudahkan pengeluaran resit kepada penyumbang, maklumat sumbangan haruslah dibuat dengan mengikut ketetapan BANTUANATHIF/nama penyumbang/nombor telefon.

Sementara itu bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, butiran sumbangan hendaklah disertakan melalui pautan di https;//forms,gle/T2QzfWPieZPgUE4D9.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi sekretariat menerusi emel [email protected]

Untuk rekod, adik Muhammad Athif disahkan menghidap penyakit ‘rare disease’ memerlukan AS$2.1 juta (RM9.42 juta) untuk membeli ubat Genetik Zolgensma.

Media turut melaporkan, Adik Muhammad Athif tidak mempunyai banyak masa berikutan suntikan ubat terbabit perlu diambilnya sebelum usianya mencapai dua tahun.

Muhammad Athif kini bergantung kepada ubat yang perlu diambil setiap hari yang mencecah RM40,000 sebulan.

Dia bernasib baik apabila banyak pihak tampil mengulurkan sumbangan untuk membiayai kos membeli ubat berkenaan sehingga kini memasuki botol ketujuh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1585
Kongsi :
Previous post Bank Inovasi Melaka dilancar Oktober – Exco
Next post Rakyat Melaka diyakini syarikat Jerman
Ubah saiz-+=