
TUGU KEDAULATAN NEGARA ADA DI PULAU KONET
SERI NEGERI 29 April – Sebuah Tugu Kedaulatan Negara telah dibina di Pulau Konet, Telok Gong oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tugu tersebut telah dibina pada 7 September 2022 dengan kos berjumlah RM80,000.
Menurut beliau, tugu tersebut merupakan satu simbol kehadiran dan pengawasan kerajaan kepada perairan negara bagi memastikan pulau-pulau di negara ini tidak terlepas di tangan pihak lain.
“Usaha ini juga bagi memastikan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menuntut pulau tersebut, selain ia juga bertujuan menegakkan kedaulatan negara.
“Kerajaan tidak mahu terjadi seperti Pulau Batu Putih yang sebelum ini tidak tentu tuan punya dan hasilnya pulau tersebut terlepas di bawah pihak lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Menurut Ketua Menteri, semua rakyat di Melaka juga diseru untuk menguar-auarkan dan mempromosi Tugu Kedaulatan Negara yang terdapat di Pulau Konet bagi memastikan kedaulatan pulau negara terus terpelihara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...
WRUR: 212 PROJEK, RM41.16 JUTA PERKASA PEMBANGUNAN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 20 September - Sebanyak 212 projek pembangunan bernilai keseluruhan RM41.16 juta telah dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
ANGKAT TANJUNG BIDARA JADI PERMATA PELANCONGAN PANTAI, EKOPELANCONGAN LUAR BANDAR
TANJUNG BIDARA 20 September - Pantai Tanjung Bidara mahu diangkat sebagai antara destinasi pelancongan pantai dan ekopelancongan luar bandar yang...
TANJUNG BIDARA JADI PENTAS SENI, BUDAYA MELAKA
TANJUNG BIDARA 20 September - Tanjung Bidara menjadi pentas seni dan budaya menerusi penganjuran Festival Seni Selat dan Sungai Melaka...
