Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI MAHU MELAKA TUMPU PERTANIAN MODEN, PINTAR

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Sektor pertanian di Negeri Melaka perlu diperkukuh melalui pendekatan moden seperti pertanian pintar (smart farming), penggunaan teknologi digital, dron dan internet kebendaan (IoT).

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berkata, amalan pertanian mampan itu sangat membantu dalam meningkatkan hasil dengan cara yang lebih efisien dan mesra alam.

“Selain itu, penglibatan golongan belia dan graduan muda ke dalam bidang agropreneur juga perlu digiatkan supaya pertanian menjadi kerjaya pilihan yang bernilai tinggi.

“Sokongan melalui latihan, pembiayaan dan insentif mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada anak-anak Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mohd Ali turut menyokong penuh cadangan Kerajaan Negeri mewujudkan Jelapang Padi Selatan yang menggabungkan Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Jelas beliau, inisiatif tersebut amat penting bagi memastikan bekalan padi negara sentiasa mencukupi, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import beras daripada luar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post FAN BINGBING TERUJA, SEDIA PROMOSI PELANCONGAN MELAKA
Next post WTD 2025 SATU PENGIKTIRAFAN BESAR UNTUK MELAKA