Tun Mohd Ali hadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANJUNG BIDARA 1 April – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini, menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1443H/2022M peringkat Negeri Melaka.

Program yang berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, di sini, itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum dan EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan ketua-ketua jabatan negeri Melaka.

Terdahulu, Tun Mohd Ali tiba di perkarangan kompleks berkenaan kira-kira jam 6.25 petang.

TUN Mohd Ali bersama kenamaan hadir ke Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1443H/2022M. (Foto: Istana Melaka)

Beliau kemudiannya dibawa melihat proses cerapan anak bulan dan seterusnya menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Untuk rekod, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad (3 April).

Ia selaras dengan perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

862
Kongsi :
Previous post Penerima Anugerah Khas Industri diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-17 UTeM
Next post Bekalan pasport mencukupi untuk hadapi peningkatan permohonan – Hamzah
Ubah saiz-+=