Tun Mohd Ali titip pesanan buat graduan PMM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MERLIMAU 6 Feb – Terus tingkatkan keupayaan pengetahuan yang inovatif dan bersikap positif untuk menjadi modal insan minda kelas pertama, itu pesanan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam kepada graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

Pesanan dan ingatan itu dititipkan Mohd Ali ketika berucap merasmikan Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau KE-19, hari ini.

Beliau berkata, graduan perlu terus berpegang kepada prinsip berani kehadapan dan yakin pada diri, selain optimis menyahut cabaran dalam memberi sumbangan serta berbakti kepada masyarakat dan juga anak bangsa.

“Tempoh pembelajaran di politeknik telah meningkatkan ilmu dan nilai serta aspek dalam kemahiran insaniah.

“Gunalah peluang yang ada di depan mata untuk melakukan anjakan paradigma dalam diri seperti mendapatkan pengiktirafan sumbangan kepakaran supaya bangsa kita dihormati dan disanjung sekaligus berjaya menduduki persada terulung di peringkat global,” katanya.

Pada sidang pertama, hari ini, seramai 280 graduan iaitu penerima Diploma Kejuruteraan Awam termasuk 108 penerima Diploma Kejuruteraan Diploma Seni Bina menerima skrol yang disampaikan oleh Tun Mohd Ali.

Hadir sama pada istiadat yang berlangsung di Dewan Platinum PMM, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Ts Zainab Ahmad dan Pengarahnya Mohd Hatta Zainal.

Konvokesyen kali ini membabitkan seramai 2, 936 graduan peringkat diploma dan terbahagi kepada 11 sidang yang akan berakhir pada Khamis ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1641
Kongsi :
Previous post Aliran trafik lebuh raya utama bergerak perlahan petang ini
Next post COVID-19: Hampir 500 kes baharu di Melaka, lebih 10,000 dalam negara
Ubah saiz-+=