TYT akan rasmi sidang DUN Melaka 28 Feb

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 9 Feb – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, dijangka merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama empat hari bermula 28 Feb hingga 3 Mac depan.

Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, bagi persidangan kedua penggal kelima itu pihaknya sudah menerima soalan-soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada lisan dan bertulis.

“Saya sudah terima soalan berkenaan dan kini dalam penelitian, ada kaitan atau tidak untuk dibawa ke DUN pada hari persidangan nanti,” katanya ketika dihubungi.

Ibrahim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kakitangan berkenaan dan juga petugas media diwajibkan untuk membuat ujian RTK (Antigen Rapid Test Kit) tiga hari sebelum sesi persidangan berlangsung.

“Ujian RTK perlu dilakukan sebelum persidangan dan kita kena lebih berhati-hati serta berjaga-jaga agar tidak timbul kluster,” katanya.

Sementara itu Melaka Hari Ini (MHI) difahamkan kerajaan negeri akan membentangkan tiga rang undang-undang termasuk undi 18 tahun.

Setakat 16 Jan lalu lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih secara automatik, menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun pada 2019.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1975
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali, Sulaiman berkongsi perkembangan baharu Melaka
Next post PRN Johor: Hari mengundi pada 12 Mac, penamaan calon 26 Feb – SPR
Ubah saiz-+=