
TYT dan isteri saksikan teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang
AYER KEROH 26 November – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman meluangkan masa menyaksikan teater bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang dipentaskan di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, semalam.
Terdahulu, TUN Mohd Ali dan isteri tiba di perkarangan JKKN Melaka kira-kira jam 8.20 dan memasuki auditorium 10 minit kemudian.
Pasangan itu bersama 400 penonton lain kemudian menyaksikan pementasan teater bangsawan yang memakan masa hampir 2 jam itu.
Teater bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang itu merupakan karya sentuhan pengarah teater terkenal tanah air Lokman Ghani yang diangkat semula selepas kali terakhir dipentaskan di Panggung Bangsawan, Melaka pada 2016.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
