TYT, Ketua Menteri meriahkan FFM32

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 2 Disember – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore Melaka, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim.

Festival filem anjuran FINAS tahun ini menampilkan kelainan apabila julung kalinya diadakan di luar Lembah Klang.

Bagi penganjuran festival filem itu, FINAS memperuntukkan wang tunai sebanyak RM200,000 bagi keseluruhan pemenang.

Sebanyak 31 kategori dipertandingkan dalam acara tersebut dan setiap pemenang bagi kategori itu membawa pulang hadiah wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000.

Bagi pemenang bagi kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman dihadiahkan pakej umrah dan RM15,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1951
Kongsi :
Previous post Jumpa najis tikus dan kotor, empat dapur hotel diarah tutup
Next post Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Ubah saiz-+=