Sorting by

×

Ukir senyuman buat anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 27 April – Senyuman terukir di wajah 24 anak-anak penghuni Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun apabila menerima sumbangan Aidilfitri daripada Benojaya Group Sdn Bhd, baru-baru ini.

Majlis iftar dan penyampaian sumbangan dengan kerjasama Gramixx Sdn Bhd itu diadakan di Selat Avenue, Pulau Melaka, di sini.

Menurut Pengarah Benojaya Group Sdn Bhd Datuk Muhammad Afiq Ikhwan, program itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya sepanjang Ramadan.

Katanya, sedang kebanyakan syarikat memilih pemberian sumbangan kepada anak yatim, pihaknya memilih untuk memberikan keceriaan kepada anak-anak yang tergolong sebagai mangsa penderaan dan pengabaian yang diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka.

“Saya difahamkan ada di antara anak-anak berusia satu hingga 16 tahun ini mendapat perlindungan mahkamah untuk dijaga di bawah JKM kerana terlibat dengan kes-kes seperti penderaan dan pengabaian.

“Jadi, kita fikir kenapa tidak kita menyantuni mereka menjelang Aidilfitri dan memberikan sumbangan kepada anak-anak ini.

“Secara tidak langsung ia dapat sekurang-kurangnya memberikan mereka peluang merasai kemeriahan yang dirasai semua sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Hadir sama, Pengarah Urusan Gramixx Sdn Bhd Mohd Hafizuddin Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3335
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Daging lembu di bawah harga kawalan, jangan naikkan harga – EXCO
Next post Perlu bayar vaksin kanak-kanak selepas PICKids tamat
Ubah saiz-+=