Sorting by

×

UPUOnline Melaka mudahkan anak Melaka buat pilihan

Masa Membaca:58 Saat

DURIAN DAUN 24 Mac – Kerajaan Negeri Melaka kini dalam proses membangunkan sistem kemasukan pelajar iaitu Melaka UPUOnline yang dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

EXCO Pendidikan negeri Datuk Rais Yasin berkata, sistem pengambilan pelajar berfungsi seperti UPUOnline itu akan memudahkan pelajar khusus anak tempatan membuat permohonan kemasukan ke institusi pengajian termasuk swasta beroperasi di Melaka.

Menurutnya, Universiti Melaka (UniMEL) akan menjadi induk kepada sistem UPUOnline berkenaan yang dijangka diperluaskan ke 32 institusi lain yang berdaftar.

“Bukan sahaja untuk masuk ke UniMEL malah untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi lain di Melaka.

“UniMEL adalah salah satu ‘anchor’ sistem itu namun kita akan mengajak yang lain untuk mendaftar sama.

“Kita ada keseluruhan 32 institusi di Melaka yang berdaftar termasuk kolej swasta,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Certificate of Colobration (COC) – Jalinan Kerjasama Rakan Strategik antara Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Durian Daun dengan Institusi-Institusi Pendidikan Negeri Melaka, hari ini.

Rais berkata, sistem berkenaan tidak akan melibatkan universiti awam yang lain dan memberi fokus kepada institusi beroperasi di Melaka seperti UniMEL dan Kolej Antarabangsa Sains & Teknologi Melaka (MICOST).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1105
Kongsi :
Previous post ProtectHealth, TERAJU promosi Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40
Next post JAPERUN Ayer Molek sentiasa siap sedia
Ubah saiz-+=