UTeM diiktiraf THE Impact Rankings 2021

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 26 April – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pertama kalinya diiktiraf dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2021 peringkat global.

Pencapaian itu diumumkan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam THE Impact Rankings 2021, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, THE Impact Rankings 2021 merupakan jadual pengukuran prestasi global yang menilai aktiviti universiti seluruh dunia selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

RAHA…Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan UTeM sebagai antara institusi terbaik di dunia pada masa kini.

Menurutnya, pertama kali penyertaan UTeM terus mendapat pengiktirafan apabila disenarai pada kedudukan tangga 801-1000 daripada keseluruhan 1,115 universiti yang mengambil bahagian dalam penarafan bagi edisi ketiga THE Impact Rankings itu.

“Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan UTeM sebagai antara institusi terbaik di dunia pada masa kini.

“Penarafan ini berteraskan kepada penilaian empat bidang utama universiti merangkumi penyelidikan, pengawasan, jangkauan dan pengajaran terhadap 17 fokus SDG,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, UTeM menyerlah dalam empat komponen SDG seperti SDG 6 (Clean Water and Sanitation), SDG 7 ( Affordable and Clean Energy), SDG 13 (Climate Action) dan SDG 17 (Partnerships for The Goals).

“Penarafan ini diharap memantapkan lagi pengurusan universiti terutama dalam aspek mendepani cabaran masa kini dan akan datang,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

783
Kongsi :
Previous post Tiga mata berharga usaha keras pemain – Zainal Abidin
Next post 40 anak yatim ceria terima sumbangan Aidilfitri
Ubah saiz-+=