Tiga mata berharga usaha keras pemain – Zainal Abidin

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

IPOH 26 April. – Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) Zainal Abidin Hassan enggan mengambil kredit atas kemenangan bermakna 1-0 ke atas Perak FC di Stadium Perak malam tadi.

Sebaliknya, beliau menyifatkan kemenangan itu diraih hasil usaha keras pemain yang cukup berdisiplin dan begitu dahagakan kemenangan selepas dua kali tewas di laman sendiri sebelum ini.

Katanya, selagi menggalas tugas berat mengendali pasukan itu, beliau akan memastikan semua pemain mempamerkan disiplin tinggi untuk mengutip mata kemenangan.

JARINGAN tunggal Wan Zaharulnizam menentang Perak FC melonjak kedudukan MUFC ke tangga ke-8

“Saya nampak hari ni (malam tadi) tiga mata ini memang diusahakan oleh setiap pemain, itu amat penting dan terima kasih juga dengan tiga mata yang amat diperlukan.

“Bukan senang menentang Perak FC namun pemain menunjukkan disiplin yang sangat tinggi hingga wisel penamat.

“Kepada pemain tahniah kerana disiplin mereka bukan sahaja (dipamerkan) pemain pertahanan tetapi sikap semua pemain yang membantu pasukan menjalankan tugas masing-masing dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Dalam aksi saingan menentang The Bos Gaurus malam tadi, MUFC berjaya keluar dari kedudukan bahaya Liga Super 2021 menerusi gol tunggal Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria.

Kemenangan itu melonjakkan MUFC ke tangga ke-8 liga selepas mengutip 10 mata dalam 10 perlawanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

944
Kongsi :
Previous post MUFC tebus maruah di Ipoh
Next post UTeM diiktiraf THE Impact Rankings 2021
Ubah saiz-+=