UTeM sumbang 3,000 ‘UTeM Shield’

Masa Membaca:57 Saat

BUKIT BERUANG 26 Jun – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyampaikan sumbangan pelindung muka ‘UTeM Shield’ kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, usaha itu sebagai Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) UTeM kepada sektor yang memerlukan, bersesuaian dengan situasi semasa.

“Sempena sesi persekolahan yang kembali pada musim pandemik ini, pihak kami menyumbangkan sebanyak 3,000 unit UTeM Shield kepada JPN.

“Ia dapat digunakan barisan guru di negeri ini sepanjang sesi persekolahan melibatkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam tempoh kawalan ini,” katanya.

UTeM Shield diserahkan pihak pengurusan UTeM kepada Pengarah JPN, Dr. Mohd Azam Ahmad di pejabatnya di Jalan Istana, semalam.

Sementara itu, Mohd Azam berkata, inisiatif itu mewujudkan kerjasama dan hubungan baik antara UTeM selaku institusi kecemerlangan ilmu dengan jabatan dan agens kerajaan yang lain.

“Pihak JPN sangat mengalu-alukan sumbangan ini, terima kasih kepada pihak UTeM atas inisiatif dan keprihatinan ini.

“UTeM Shield ini dapat membantu para guru dalam sesi persekolahan yang telah bermula,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pusat Kecemerlangan (COE) UTeM, Prof Dr. Zahriladha Zakaria, Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti & ICOE UTeM, Prof Madya Dr Effendi Mohamad dan lain-lain.

Views:

403
Kongsi :
Previous post LPP peruntukan RM7.5 juta untuk projek pertanian dan agromakanan di Sabah
Next post Dipenjara 12 bulan buang mayat bayi
Ubah saiz-+=