Dipenjara 12 bulan buang mayat bayi

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 26 Jun – Padah menyembunyikan kelahiran bayi milik teman wanitanya, seorang pekerja kilang dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh Muhammad Faiz Zakariyah, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyembunyikan kelahiran seorang mayat bayi (kandungan berusia) kira- kira tujuh bulan dengan cara membuangnya didalam lubang kumbahan .

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Kampung Kandang, kira- kira jam 12.30 pagi, pada 7 Jun 2020.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengaku menerima mayat bayi berbalut plastik daripada teman wanitanya sebelum membuangnya ke dalam lubang kumbahan di belakang rumah sewa milik keluarganya di kampung kandang.

Siasatan polis dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian menemui dua cebisan daging dipercayai kaki, dua cebisan tangan dan beberapa cebisan kulit bayi.
Prosiding pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon hukuman pemenjaraan dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman denda yang rendah dikenakan terhadapnya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan dari tarikh tangkap dan didenda RM1,500 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.

Terdahulu, sebelum penghakimannya menegaskan isu pembuangan bayi merupakan tindakan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab selain terdapat pihak yang boleh menjaga demi kelangsungan kehidupan bayi berkenaan selain diharap hukuman itu, agar dijadikan pengajaran kepada semua masyarakat diluar sana.

Views:

480
Kongsi :
Previous post UTeM sumbang 3,000 ‘UTeM Shield’
Next post ‘Akhirnya berdamai juga’
Ubah saiz-+=