UTeM sumbang pakaian dan duit raya kepada 84 murid

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

DURIAN TUNGGAL 21 Mei – Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 84 orang murid sekolah rendah di negeri Melaka apabila menerima sepersalinan baju dan duit raya sumbangan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sumbangan menerusi program Shopping Raya 2022 itu dianjurkan oleh Jawatankuasa ICT dan Masyarakat , Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM.

Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Masyarakat FTMK, UTeM, Dr Zuraini Othman berkata, program berkenaan diadakan bertujuan membantu pelajar sekolah yang berstatus miskin dan asnaf di sekitar negeri Melaka dari segi kewangan dan bahan-bahan keperluan seperti pakaian.

Jelasnya, projek Shopping Raya yang telah bermula sejak tahun 2015 ini telah berjaya membantu anak-anak yatim, miskin, asnaf dan golongan Orang Kelaianan Upaya (OKU) khususnya di Melaka agar sama-sama merasai kemeriahan dan nikmat menyambut Aidilfitri.

“Kami telah menyempurnakan penyerahan buat kumpulan sasaran ini kepada 84 orang pelajar dari Sekolah Bukit Lintang, Sekolah Kebangsaan Bukit Cina, Sekolah Kebangsaan Serkam Darat dan Sekolah Kebangsaan Chinchin,” katanya.

Sementara itu Pengarah Program Shopping Raya 2022 Dr Zahriah Othman berkata, penyerahan sumbangan sepersalinan pakaian dan duit raya telah disampaikan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah terbabit lalu diserahkan terus kepada penerima terbabit.

“Kegembiraan anak-anak ini adalah menjadi ukuran kejayaan buat kami semua walau terpaksa bersusah payah dari peringkat awal hinggalah semuanya sempurna dengan jayanya,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut Dr Zahriah berkata, seluruh warga kerja projek Shpopping Raya dan JK ICT dan Masyarakat FTMK amat berterima kasih kepada warga UTeM dan orang awam yang telah menghulurkan sumbangan agar projek ini boleh digerakkan hingga berjaya sebagaimana yang telah dihasratkan sejak awal lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1349
Kongsi :
Previous post MetMalaysia keluar Nasihat Lekukan Tropika
Next post Sokong mansuh AP langkah pulih kenaikan harga barang makanan – EXCO
Ubah saiz-+=