Sokong mansuh AP langkah pulih kenaikan harga barang makanan – EXCO

Masa Membaca:53 Saat

MACHAP JAYA 21 Mei – Kerajaan negeri menyokong pemansuhan permit import (AP) sebagai langkah proaktif bagi memulihkan masalah kenaikan harga barang makanan ketika ini.

EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata kajian terperinci bagaimanapun perlu dilaksanakan bagi memastikan negara bersedia menghadapi sebarang keperluan pada masa hadapan.

“Selain penurunan harga barang makanan, ia dijangka dapat membantu mengelakkan daripada berlaku krisis makanan negara akibat kekurangan bekalan makanan.

“Bila dengar AP dimansuhkan rakyat memang suka, siapa pun memang ada hak untuk mansuhkan itu.

“Jadi harga akan saing (seiring), tidak adalah lepas ini dimonopoli oleh pengimport sahaja, kita galak lebih banyak produk akan mansuh AP ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Machap Jaya di Kompleks Japerun Machap di sini, semalam.

Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport bagi komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan dan berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, pengimport masih perlu mempunyai import permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

726
Kongsi :
Previous post UTeM sumbang pakaian dan duit raya kepada 84 murid
Next post Malaysia berjaya tarik pelaburan baharu bernilai RM16.52 bilion dari AS – Azmin
Ubah saiz-+=