UTeM Tuan Rumah Penganjuran Majlis Anugerah Sukan MASUM 2019

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 8 Feb – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) (ASM 2019) yang akan diadakan pada 10 Feb ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif berkata, antara objektif penganjuran majlis berkenaan adalah sebagai tanda sokongan pihak UTeM dalam menghargai pencapaian cemerlang sukan para atlet dan pegawai universiti awam mengharumkan nama universiti, MASUM serta negara.

“Majlis ini juga bagi merealisasikan hasrat warga sukan Universiti Awam untuk menganjurkan majlis berprestij yang telah tertangguh selama dua tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Program yang juga Pegawai Belia dan Sukan Kanan UTeM, Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi berkata, sebanyak 13 anugerah seperti olahragawan, olahragawati, tokoh sukan, bintang harapan lelaki dan bintang harapan wanita akan diumumkan pada majlis itu.

Katanya, ASM 2019 ini melibatkan 300 jemputan dalam kalangan pengurusan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan universiti-universiti awam Malaysia.

“ASM merupakan anjuran MASUM dan KPT yang telah berjaya mengenengahkan bakat-bakat sukan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam dalam negara,” katanya.

ASM 2019 bakal dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan turut dijadualkan akan dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTeM, Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar.

Turut dijangka hadir adalah Pengerusi MASUM Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof. Dato’ Ts. Dr. Yusserie Zainudin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1403
Kongsi :
Previous post KWP komited bantu warga Wilayah Persekutuan miliki kediaman sendiri
Next post Lelaki maut, abang dan isterinya cedera kereta diseret lori
Ubah saiz-+=