‘Vida’ pasang impian jadikan Melaka United kelab terbaik di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KETUA Jurulatih Melaka United Risto Vidaković memasang impian untuk mencipta sejarah baharu bersama skuad Hang Tuah musim ini.

Beliau yang mengambil alih posisi Zainal Abidin Hassan bertekad untuk memacu kecemerlangan pasukan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Katanya, walaupun masih belum memulakan sesi latihan, namun keterujaan untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia buat kali pertama mula dirasai.

“Saya sangat teruja untuk memulakan sesi latihan dan sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian keluarga Melaka United.

“Saya berharap tahun ini, kami dapat beraksi dengan cukup baik dan menjadi antara kelab terbaik dalam Liga Malaysia.

“Kami juga akan berjuang untuk berada di posisi teratas dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) di Facebook.

Dalam pada itu, Vidaković turut meluahkan keterujaan untuk melihat sokongan padu penyokong yang dianggap pemain ke-12 buat pasukan.

“Saya tahu Melaka merupakan antara pasukan yang mendapat sokongan padu penyokong. Saya teruja untuk merasai sokongan itu di atas padang nanti.

“Diharapkan kita dapat mencipta keserasian yang baik musim ini dan semoga kejayaan beroleh untuk pasukan,” katanya.

Difahamkan, jurulatih dari Bosnia & Herzegovina itu kini sudah tiba di Malaysia dan sedang menjalani kuarantin wajib di ibu kota.

Beliau dijangka akan memulakan sesi latihan dalam masa terdekat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1161
Kongsi :
Previous post COVID-19: UTeM nafi laksana sekatan pergerakan, WhatsApp tular adalah palsu!
Next post Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Ubah saiz-+=