Waktu operasi peniagaan dihadkan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER MOLEK 24 Okt. – Operasi perniagaan membabitkan segala jenis perniagaan termasuk operasi 24 jam dihadkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri semalam sebagai keadah bagi menbendung penularan pandemik COVID-19.

“Tempoh perniagaan telah ditetapkan sehingga jam 12 tengah malam di seluruh negeri ini dan orang ramai diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kendiri seperti yang telah ditetapkan.

“Operasi 12 tengah malam itu perlu benar-benar tutup tepat pada waktu itu dan bukannya perlu berkemas untuk tutup pada 12 tengah malam,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen 1 Jam Setiap Sabtu di Balai Raya Ayer Molek, Tengah hari tadi.

Pada masa sama, beliau berkata, menerusi mesyuarat diadakan semalam, kerajaan negeri menjamin tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dan komited dalam membendung pandemik terbabit.

Ujarnya, bagaimanapun perintah terbabit akan berkuatkuasa sebaik peningkatan mendadak dicatatkan dalam sesebuah mukim di negeri ini.

“Namun PKPB akan berkuatkuasa sebaik saja peningkatan mendadak melebihi 40 kes dalam sekitar dua minggu di dalam sesebuah mukim di kawasan negeri ini.

“Masyarakat diingatkan mematuhi SOP, kealpaan masyarakat dalam pematuhan SOP ini membuatkan perkara ini semakin meningkat malah masih ada yang bersalaman mahupun mengamalkan ‘fist bump’,” katanya.

Views:

333
Kongsi :
Previous post #1JAMSETIAPSABTU tawar hadiah istimewa
Next post Tiga PATI dan seorang anggota imigresen didapati positif COVID-19
Ubah saiz-+=