
Wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan di Pasir Mas
KOTA BHARU, 5 Jun – Seorang wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata peniaga berusia 26 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan kampung tersebut pada kira-kira 4 petang.
Beliau berkata mayat mangsa ditemukan di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut menemukan satu biji kelongsong peluru pada (ruang) bahagian kaki penumpang belakang sebelah pemandu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun pada 11.25 malam tadi di Pasir Mas.
“Suspek yang bekerja sebagai seorang buruh ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: ASAM PEDAS SIMBOL PERPADUAN BUDAYA MELAKA
TELOK MAS 15 Jun - Kehadiran dua wanita berketurunan India ini menambahkan lagi pertandingan memasak yang dianjurkan bersempena Majlis Perasmian...
CUTI SEKOLAH: MENARA TAMING SARI DIBANJIRI PELANCONG, REKOD 1,154 ‘RIDES’
BANDA HILIR 15 Jun – Menara Taming Sari terus menjadi antara destinasi pelancongan pilihan apabila merekodkan sebanyak 1,154 perjalanan (rides)...
DARI FIKSYEN KE REALITI, LEBIH 20 ROBOT AI DIBAWA KE MELAKA
KESIDANG 15 Jun – Teknologi sebelum ini yang hanya menjadi tarikan dalam filem fiksyen kini menjadi realiti apabila robot berasaskan...
LEBIH 1,300 WANITA MELAKA DAFTAR MAMMOGRAM PERCUMA
AYER KEROH 15 Jun - Lebih 1,300 golongan wanita di Melaka telah mendaftar untuk menjalani ujian mamogram secara percuma yang...
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun – Sungai Melaka mencipta sejarah apabila dipilih sebagai lokasi pertama di luar China diperkenalkan budaya Perahu...
WRUR KESIDANG: MEDIPULIH SUMBANG 40 KAD RAHMAH UNTUK B40
KESIDANG 14 Jun - Klinik MediPulih terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan agenda kesihatan komuniti apabila turut serta dalam Program Wakil...
