
WANITA HILANG DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI PANTAI REMIS
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata mayat wanita berusia 34 tahun itu ditemukan di kawasan tempat letak kenderaan kira-kira 2 pagi oleh anggota yang membuat rondaan di situ.
“Pintu kereta terbabit berkunci dan polis meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mayat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan awal pada mayat tidak menemukan kecederaan fizikal atau unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat katanya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Selangor 03-32891222 atau balai polis berhampiran.
Laporan kehilangan wanita itu dibuat pada 31 Jan di Damansara, dekat sini selepas kali terakhir dilihat oleh ahli keluarga pada 10 pagi 29 Jan, semasa keluar dari rumah dengan menaiki kereta. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PAS BERTANDING DI PAYA RUMPUT DAN BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 29 Oktober - PAS mengesahkan akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...
KETUA MENTERI TERIMA IJAZAH DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN UKM
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat mendorong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
TOK HAMEED TURUN PADANG TINJAU PARAS AIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 29 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer turun padang...
MAIM RAI LIMA PASANGAN MUALAF BINA MAHLIGAI
KOTA LAKSAMANA 29 Oktober - Lima pasangan mualaf dan saudara baharu Muslim diraikan dalam Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Negeri...
PRN MELAKA: MCA TAMBAH SATU LAGI KERUSI, BERTANDING DI BANDAR HILIR
KUALA LUMPUR, 29 Okt - MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan...
DULU TANAH MERAH, SEKARANG BERTURAP, PENDUDUK TAMAN NYALAS BARU LEBIH SELESA
ASAHAN 29 Oktober - Urusan harian penduduk di lebih 300 kediaman di Taman Nyalas Baru kini lebih lancar apabila jalan...
