
WANITA INDIA MELAKA AKTIF PERKUKUH JAMBATAN PERPADUAN
BANDARAYA MELAKA 3 September – Program ‘An Evening In Multicolor’ disifatkan sebagai simbol kepelbagaian yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, ‘multicolour’ melambangkan kepelbagaian budaya, idea serta bakat yang mampu bersatu membentuk keharmonian.
“Begitu juga Persatuan Wanita India Negeri Melaka (PERWIM), setiap ahli membawa kekuatan dan keunikan tersendiri. Ada yang bergiat dalam bidang sosial, keusahawanan, pendidikan dan pelbagai lagi.
“Apabila bersatu di bawah payung PERWIM, semua perbezaan itu menjadi satu kekuatan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Hi-Tea PERWIM di sebuah hotel di sini, pada Isnin yang turut dihadiri Pengerusi PERWIM, Datin Santha Basil.
Menurutnya, pencapaian itu membuktikan keaktifan komuniti wanita India di Melaka, sekali gus memperkukuh peranan mereka dalam pembangunan negeri.
“Peranan wanita dan ibu tidak pernah kecil, malah kita adalah benteng pertama untuk membina masyarakat yang sihat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
