
WANITA KERUGIAN RM3,000 SELEPAS RANTAI DIRAGUT
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata seutas rantai berloket milik wanita berusia 37 tahun diragut oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna biru berpakaian sebagai penghantar makanan seperti yang dipaparkan dalam satu video yang tular di media sosial.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes itu dan sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TERIMA KASIH TOK RAUF PROMOSI BATIK RIM’
RIM 25 Jun - Penampilan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mengenakan batik tanah liat pada Majlis Perhimpunan...
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...
ANWAR MINTA JANGAN ‘PANASKAN’ SUASANA, PILIHAN RAYA BIAR ANTARA PARTI
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak 'memanaskan' suasana susulan polemik...
PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem kenaikan pangkat dan pengiktirafan dalam perkhidmatan awam...
WRUR RIM: ISU ANJING LIAR ANTARA 40 ADUAN DITERIMA MPJ
RIM 24 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lebih 40 aduan daripada penduduk sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk...
