
Wanita rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya MEX
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Seorang wanita rentung manakala lima individu terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM10.9 Lebuhraya Maju (MEX) di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil Pegawai Bomba Kanan II Khairuddin Abdurrahman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.14 pagi sebelum 17 anggota dan jentera daripada BBP Bukit Jalil dan BBP Pudu digegaskan ke lokasi.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati sebuah kereta terbakar 100 peratus berpunca daripada kemalangan jalan raya. Pemandunya iaitu seorang wanita rentung.
“Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga yang turut terlibat dalam kemalangan sama pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Khairuddin berkata kereta yang terbakar itu turut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita dengan hanya lelaki itu mengalami kecederaan di kepala.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUSANA TRADISIONAL JADI ‘TIKET PERCUMA’ NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 11 April - Dengan berbusana tradisional pada penganjuran Melaka Bila Larut Malam yang diadakan pada Sabtu minggu pertama...
FELDA HUTAN PERCHA MENAWAN DUNIA
MACHAP JAYA 12 Mei - Kesepakatan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli menjadi resipi Felda Hutan Percha meraih...
MPAG PROMOSI PULAU SEBANG SENTRAL SEBAGAI TERMINAL PENGANGKUTAN BERSEPADU
GADEK 11 Mei - Lebih 300 peserta hadir memeriahkan acara 'fun walk' bersempena Festival Komuniti Lestari Alor Gajah 2026 yang...
24H ULTRAMARATHON: USIA BUKAN PENGHALANG TAMATKAN LARIAN LEBIH 100KM
DUYONG 11 Mei – Minat mendalam terhadap dunia larian serta semangat luar biasa untuk mengatasi batas diri menjadi pemangkin buat...
SENTUHAN MAGIS URUTAN SARAF TIARA
ASAHAN 11 Mei - Seorang wanita di Kampung Pondok Batang, di sini, kini mampu berdiri sendiri selepas berjaya membina perniagaan...
LADANG TEH OOLONG ‘SUBUR’ DI BUMI MACHAP
MACHAP JAYA 11 Mei - Di sebalik ketenangan Kampung Machap Baru, terselit sebuah ladang teh yang tersorok jauh di kawasan...
