
WANITA WARGA INDONESIA CEDERA PARAH DITIKAM KEKASIH
JEMPOL 27 September – Seorang wanita warga Indonesia cedera parah di muka, perut dan bahu akibat ditikam kekasihnya dalam kejadian di Taman ACBE, Bahau, Jempol di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara pasangan itu di sebuah rumah pada 3.30 petang.
Beliau berkata punca pergaduhan ialah kerana wanita berusia 40 tahun itu ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh lelaki berusia 38 tahun itu yang naik berang sebelum menikam mangsa.
“Suspek, yang merupakan warga Myanmar (Rohingya), bertindak memukul mangsa dan mengambil pisau lalu menyerang mangsa.
“Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan di sini.
Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dengan denda atau sebatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR DEKAT DI HATI RAKYAT BANDA HILIR
BANDA HILIR 1 Jun - Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang kini menjelajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir disifatkan...
‘SAYA MAHU LIHAT ANAK KAMPUNG BERJAYA’
MACHAP JAYA 1 Jun - Mahu melihat anak kampung berjaya dalam pelajaran dan mengubah taraf hidup keluarga menjadi antara impian...
RUMAH NGAJI AS-SOLIHIN NADI PEMBANGUNAN UMMAH
MACHAP JAYA 31 Mei - Surau As-Solihin di Taman Kejora Kuala Sungga terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan...
MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI
BANDA HILIR 31 Mei - Pengamal media di negeri ini diiktiraf sebagai antara watak penting dalam menyampaikan berita dan maklumat...
WRUR BANDA HILIR: 90 PROGRAM, 1 MATLAMAT SANTUNI RAKYAT
BANDA HILIR 31 Mei - Hampir 90 program bakal mewarnai rogram Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
IBU BAPA SOKONG PENGESAHAN UMUR DEMI KESELAMATAN ANAK DI ALAM MAYA
BANDA HILIR 31 Mei – Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima sokongan ibu bapa...

