WARGA EMAS 73 TAHUN LINCAH KAYUH BASIKAL 50KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 14 September – Faktor usia tidak menjadi penghalang seorang warga emas Lim Hwee Cheng,73, menyempurnakan kayuhan 50 kilometer (km) menerusi Menara Taming Sari Fun Ride 3.0, hari ini.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini berkata walaupun bergelar warga emas namun semangat kesukanan menjadi hobinya sejak usia 40 tahun lagi.

“Kayuhan ini salah satu misi saya untuk melihat kepantasan kayuhan biarpun sudah berusia, biasanya saya sertai kayuhan 20km namun hari ini lebih jauh dan mengambil masa kira-kira dua jam.

“Saya agak bangga kerana dapat mengalahkan dan bersaing dengan anak-anak muda lain yang mempunyai stamina lebih kuat berbanding saya.

“Menyertai kayuhan ini tidak menjadi masalah kerana pada setiap hari Sabtu dan Ahad saya akan melakukan aktiviti ini bersama rakan-rakan termasuklah berjoging,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu gimik pelepasan kayuhan itu disempurnakan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan di perkarangan Menara Taming Sari (MTS).

Menurut Hwee Cheng, selepas ini dia akan menyertai kayuhan yang sama sejauh 78km pada bulan hadapan bagi memantapkan lagi staminanya.

“Saya memang selalu masuk sukan basikal begini, bulan hadapan pun akan banyak lagi aktiviti berbasikal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post 500 KAYUH SANTAI RONDA BANDAR MELAKA
Next post 52 BERENTAP REBUT GELARAN JUARA EXPLORACE TANJUNG BIDARA
Ubah saiz-+=