
Warga emas maut dirempuh Myvi
PAYA RUMPUT 2 Dis. – Seorang warga emas berusia 68 tahun maut apabila dirempuh sebuah Perodua Myvi di Jalan Krubong, di sini.
Mangsa Lee Yoke Loy, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang menunggang motosikal di lorong kiri cuba mengubah haluan ke lorong kanan, sebelum dirempuh kenderaan yang dipandu wanita berusia 28 tahun.
“Akibat kemalangan, mangsa telah telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 dikeluarkan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.
Hasan berkata, siasatan masih diteruskan dan kenderaan terbabit akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...
