
Warga Myanmar mati tergantung
ALOR GAJAH 15 Sept. – Seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun ditemui mati dipercayai menggantung diri di atas bumbung sebuah pangsapuri di Taman Mewah, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan penemuan itu pada jam 11.05 malam.
Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaki warganegara Myanmar itu tergantung di atas bumbung blok C pangsapuri terbabit.
“Siasatan awal mendapati si mati bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan di Kelemak, di sini.
“Si mati pernah menceritakan mahu pulang ke negara asal kepada rakannya kerana pakcik dan adiknya baru sahaja meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan ‘neck compression’ akibat menggantung diri.
Ujarnya, kes itu bagaimanapun diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
