Waris pemuda maut jatuh parit terima pencen bulanan seumur hidup

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BUKIT KATIL 11 Januari – Waris pemuda yang maut selepas motosikal ditunggangnya terjatuh ke dalam sebuah parit di Jalan Bukit Katil, 4 Januari lalu menerima pencen penakat bulanan seumur hidup daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, selain pencen penakat bulanan, waris mangsa juga layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000.

“Mangsa Haiqal Iman Mohd Shahruddin Abdul Qayyum, 21, pekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Beruang merupakan ketua keluarga untuk menanggung ibunya selepas kematian bapa pada 26 November tahun lalu.

“Arwah telah mengalami kemalangan maut melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Bukit Katil pada 4 Januari lalu pada jam 6.30 pagi dan merupakan anak tunggal serta masih bujang semasa kematian.

“Hasil siasatan Skuad Prihatin PERKESO (SPP) Melaka, warisnya layak menerima menerima Faedah Pengurusan Mayat RM 2,000 dan pencen penakat secara bulanan berjumlah RM332.50 seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan faedah PERKESO kepada ibu Allahyarham, Lenny Mariana Imbron, 40 di kediaman waris di Taman Saujana Indah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Siti Faizah Abd Azis; Pengarah PERKESO Negeri Melaka Abd Razak Omar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka Datuk Ir. Ismail Abd Rahman.

Dalam pada itu, Hee Sem turut menyeru kepada semua majikan agar menunaikan tanggungjawab untuk membayar caruman PERKESO kepada pekerja bagi mengelakkan sebarang insiden luar jangka.

“Sekiranya majikan gagal berbuat demikian, aduan boleh disalurkan terus ke PERKESO Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1352
Kongsi :
Previous post Warga emas maut kemalangan di Jalan Hutan Simpan
Next post Merakyatkan kembali tradisi berpantun di Melaka
Ubah saiz-+=