Sorting by

×

50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDARAYA MELAKA 14 Mei – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan berkonsep penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara lebih menyeluruh dan berkesan.

DUN Kota Laksamana bakal membuka tirai WRUR Parlimen Kota Melaka: Kampung Kita, di mana ia akan berlangsung selama seminggu bermula 17 hingga 23 Mei sebelum bergerak ke DUN Bandar Hilir, DUN Kesidang dan DUN Telok Mas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong berkata, menerusi WRUR setiap jabatan dan agensi kerajaan akan turun padang dengan menganjurkan pelbagai program serta menyediakan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

“Pendekatan ini memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat, cepat dan berkesan kepada masyarakat setempat, sepanjang tujuh hari WRUR ini berlangsung, kita sudah merangka sebanyak 50 program bersama rakyat.

“Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap lapisan masyarakat menerima manfaat secara langsung daripada pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan,” katanya ketika bersiaran secara langsung di MELAKAfm, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, pelaksanaan program WRUR DUN Kota Laksamana turut memberi penekanan kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

“Ia bukan sahaja memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan, malah turut menitikberatkan aspek kebajikan, keterlibatan komuniti dan penyelesaian isu rakyat secara menyeluruh di peringkat akar umbi.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan pelaksanaan Program WRUR di DUN Kota Laksamana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

304
Kongsi :
Previous post HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA