Sorting by

×

87 KLINIK KESIHATAN DINAIK TARAF SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

LENDU 13 Mei – Sebanyak 87 klinik kesihatan dan klinik desa seluruh Melaka dinaik taraf sepanjang tiga tahun pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, daripada jumlah itu 13 melibatkan klinik kesihatan dan klinik desa dalam Parlimen Masjid Tanah.

Katanya, sepanjang tempoh itu kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM22 juta demi menyediakan akses rawatan dan perkhidmatan kesihatan lebih selesa dan berkualiti kepada lebih 1.05 juta rakyat Negeri Melaka.

“Saya mahu tegaskan, Kerajaan Negeri tidak mahu sektor kesihatan di Melaka sekadar ‘bertahan’. Kita mahu sektor kesihatan Melaka menjadi antara yang paling diyakini rakyat.

“Sektor kesihatan bukan sekadar tentang bangunan hospital atau kelengkapan perubatan semata-mata. Ia adalah nyawa rakyat, masa depan negeri dan soal maruah sebuah kerajaan dalam menjaga rakyatnya,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sentuhan  Seuntai Kasih, Semekar Legasi Warga Kesihatan Parlimen Masjid Tanah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin merangkap Adun Taboh Naning.

Yang Turut hadir Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah merangkap Adun Kuala Linggi, Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta 200 petugas dan pesara kesihatan yang diraikan.

Ab Rauf berkata, sepanjang tiga tahun diberi amanah mentadbir Negeri Melaka, antara keutamaan terbesar
Kerajaan Negeri adalah memperkukuh sistem kesihatan demi rakyat dan seluruh petugas kesihatan.

\Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

203
Kongsi :
Previous post PETUGAS KESIHATAN INSAN HEBAT