
WRUR REMBIA: 476 ADUAN RAKYAT PERLU DISELESAIKAN
BANDARAYA MELAKA 31 Julai – Sebanyak 476 aduan telah disenarai untuk diselesaikan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia yang akan diadakan pada 3 hingga 16 Ogos ini.
Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, jumlah itu adalah hasil penapisan daripada kira-kira 500 aduan yang diterima sebelum ini untuk diselesaikan di semua peringkat.
“Daripada aduan yang kita terima, setelah ditapis kita pendekkan kepada 476 aduan untuk diselesaikan di semua peringkat exco pada WRUR ini nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Bicara Santai WRUR DUN Rembia Bersama Datuk Fairul Nizam Roslan di MelakaFM, di sini hari ini.
Menurutnya, setakat ini pihaknya juga telah menyenaraikan sebanyak 157 program yang meliputi semua lapisan masyarakat, bangsa dan umur bagi memastikan ia benar-benar dirasai rakyat.
“Program ini merangkumi penganjuran di peringkat persekutuan, negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga Japerun serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
“Saya berharap masyarakat DUN Rembia sama-sama mengambil peluang menyertai semua program yang kita anjurkan sempena WRUR DUN Rembia ini nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ PERKEMAS GERAK KERJA 2026 DEMI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK WARGA JASIN
JASIN 4 Februari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 bagi merangka hala tuju...
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah ke kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam...
IFTAR MEGA ‘ALA DULU-DULU’, KACAU DODOL WARNAI PELANCONGAN MELAKA SEMPENA RAMADAN
TELOK MAS 3 Februari - Sektor pelancongan Melaka akan terus hidup sepanjang Ramadan menerusi pelbagai penganjuran program berkonsep kerohanian, budaya...
KEBAKARAN TERBUKA DI MELAKA MELONJAK LIMA KALI GANDA
BUKIT KATIL 3 Februari – Kes kebakaran terbuka di Melaka mencatat lonjakan hampir lima kali ganda dengan 285 kes direkodkan...
476 KELUARGA ASNAF TELOK MAS TERIMA SUMBANGAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Seramai 476 keluarga asnaf fakir dan miskin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima...
PEKERJA KILANG MAUT SELEPAS HANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA
DUYONG 3 Februari – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang mengubah laluan secara mengejut di...
