Sorting by

×

WRUR REMBIA: PROGRAM KHAS UNTUK WARGA EMAS ELAK ‘SCAMMER’, DALAMI ‘AI’

Masa Membaca:51 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Ogos – Satu program khas akan diadakakan bagi memberi pendedahan kepada warga emas tentang kesedaran penipuan dalam talian atau ‘scammer’ sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program itu dilaksanakan bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang memfokuskan tentang pendedahan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada golongan itu.

“Kita tidak hanya memberi tumpuan kepada orang muda sahaja kali ini, tetapi warga emas juga perlu didedahkan bukan sekadar tentang AI tetapi juga kesedaran terhadap penipuan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Bicara Santai WRUR DUN Rembia di MelakaFM, di sini, hari ini.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, program itu akan dilaksanakan secara menyeluruh dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar.

“WRUR ini program menyeluruh meliputi pelbagai aktiviti seperti keagamaan dan sukan yang melibatkan pelbagai lapisan umur seperti diinspirasikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post WRUR REMBIA: 476 ADUAN RAKYAT PERLU DISELESAIKAN
Next post MELAKA BILA LARUT MALAM: HADIAH ISTIMEWA BUAT PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE