10,000 MERIAHKAN KARNIVAL USAHAWAN, FESTIVAL LAYANG-LAYANG MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 18 September – Karnival Usahawan@Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2024 di Klebang Street menerima impak positif apabila dihadiri lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata karnival diadakan pada 14 hingga 16 September turut memberi peluang kepada usahawan Melaka menjana pendapatan sampingan.

“Sambutan pada hari pertama agak perlahan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan, tetapi hari kedua dan ketiga mula rancak dengan orang ramai tidak putus singgah ke tapak karnival.

“Ini adalah salah satu aktiviti dalam kalendar pelancongan Melaka, bertujuan menarik lebih ramai pelancong, sekali gus menyokong Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024).

“Fokus utama kita bukan hanya untuk festival layang-layang, ini adalah salah satu peluang untuk usahawan terpilih berniaga dan menjana pendapat lebih,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya rata-rata pengunjung dan peniaga di kawasan Pantai Klebang memberikan maklum balas positif apabila mereka turut mendapat tempias hasil daripada penganjuran karnival itu.

“Peniaga sekitar seronok kerana ramai pengunjung dari luar Melaka datang ke Pantai Klebang sepanjang karnival ini. Justeru, kita harapkan pada tahun hadapan karnival ini dapat dimasukkan lagi dalam kalendar pelancongan Melaka,” katanya.

Untuk rekod lebih 100 pelayang tempatan dan antarabangsa berkampung di Melaka bersempena karnival berkenaan yang mana turut melibatkan peserta dari Vietnam, Thailand, Singapura, Perancis dan Indonesia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1843
Kongsi :
Previous post POLIS TIDAK CADANG HARAM PERHIMPUNAN RXZ – PENGARAH JSPT
Next post ‘TERBANGLAH TINGGI PUTERIKU’
Ubah saiz-+=